Wednesday, August 17, 2011

mengenal CINTA hati yang sebenar~

Photobucket
Dalam kehidupan yang sedetik ini, pasti kita mengharapkan yang terbaik untuk semua perkara..namun adakah dirimu pasti yang setiap perkara yang berada di sekelilingmu itu adalah yang terbaik..?siapakah gerangan si dia yang terbaik untuk menjadi pendampingmu..??di sini saya terasa ingin berkongsi sesuatu yang berharga..mungkin dapat membantu pencari  cinta di luar sana untuk mengenali CINTA HATI masing-masing


Teman terbaik
- dengan si dia, dirimu mampu untuk berkongsi segala kesedihan dan kegembiraan bersama..dia merupakan teman yang paling rapat denganmu. Dia mampu untuk menenangkan dirimu saat2 berduka dan tak lokek berkongsi ketawanya denganmu di waktu gembira..dan dia juga mampu membuatkan dirimu tersenyum dan menangis pada masa yang sama..

Keserasian yang tinggi
- andai dikira dengan kalkulator, pasti kamu dan si dia mendapat score yang paling tinggi dalam aspek keserasian..si dia mempunyai minat dan kecenderungan yang sama denganmu..dalam pernikahan juga, keserasian juga diperlukan untuk menstabilkan perhubungan..jadi dirimu dan si dia boleh menikmati persamaan itu…

Jadi diri sendiri
- apabila bersama si dia, kamu tidak perlu hipokrit semata-mata untuk memenangi hatinya..si dia mampu menerima dan menghormati dirimu seadanya..kerana perhubungan yang tiada keikhlasan dan berpura-pura pasti tidak akan bertahan lama..

Cinta tanpa alasan
- “kenapa awak sayang saya?”..bila ditanya soalan ini, si dia pasti bingung untuk mencari jawapannya…kerana jawapanya adalah kamu sendiri..si dia yang betul2 menyintaimu pasti tidak mempunyai alasan ketika dia mengejar cintamu..apa yang perlu dirimu lakukan adalah menjaga cinta itu sebaik-baiknya..

Dirimu adalah emas
- emas? ?..ia menunjukkan dirimu terlalu berharga baginya..segala-galanya adalah tentang dirimu..warna kegemaran, tempat kesukaan, makanan yang kamu tidak suka, segalanya pasti tercatat dalam diari fikirannya..malah jangan terkejut sekiranya ada si lelaki yang mampu ingat tarikh2 penting terutamanya tarikh ‘teman bulanan’ kamu..

Ada tarikan istimewa
- bila dirimu teringat akan si dia, tiba-tiba kamu mendapat sms rindu darinya..!pernahkan dirimu mengalami situasi seperti ini?..jika ya, ini menunjukkan adanya tarikan dan ‘chemistry’  yang sangat halus di antara dia dan kamu..tarikan yang begitu istimewa..hanya kamu berdua dapat merasakanya.ini menunjukkan si dia ditakdirkan untukmu..

Ini semua hanya berdasarkan perkongsian cerita dan pengalaman individu. Walaupun begitu, saya ingatkan bahawa rasa cinta itu adalah kurniaan dari ALLAH pada sesiapa yang Dia kehendaki..bersyukurlah kepada mereka yang telah menemui kebahagiaan dalam diri masing-masing. Cinta pada ALLAH itu utama namun untuk pengisian jiwa bagi melalui jalan ke arahNYA, manusia memerlukan cinta dari pendamping yang setia..@};-
Photobucket


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...